Saturday, May 31, 2008

ISU-ISU SEMASA (dipetik dr berita harian/harian metro/utusan)

TAJUK : ANAK IMAM TERJEBAK

Mungkin dengan membaca tajuknya terbayang dalam fikiran anda bermacam2 jenis gejala sosial.Tetapi,hal ini membincangkan tentang ajaran Pemuda Kahfi yg dipercayai terjebak kepada anak imam yang tersohor,orang kenamaan (VIP) serta ahli2 perniagaan berjaya.Mereka bercita2 hendak menubuhkan sebuah negara islam berpaksikan ajaran meraka.

Anak pak imam tersebut telah dijadikan contoh kepada individu lain bahawa dia mempunyai pegangan agama yg kuat pada ajaran Pemuda Kahfi dan dia sering dijadikan modal tarbiah selain kempen mencari ahli baru. Kehadiran VIP serta ahli perniagaan ini telah memudahkan pergerakan mereka dengan menjadikan mereka sebagai 'BANK PENGGERAK' sebagai membiayai pergerakan mereka.

Perkara ini didedahkan kepada HARIAN METRO oleh bekas pengikut kumpulan ini yang kini sudah bertaubat kerana sedar ajarannya lebih banyak memesongkan akidah.Menurut lelaki dikenali sebagai Yus, 36, anak pak imam itu pada mulanya tidak yakin dengan ajaran Pemuda Kahfi tetapi selepas mengikuti beberapa siri tarbiah rahsia, dia kini beria-ia mengatakan ajaran itu benar dan perlu dianuti pihak lain.



“Lelaki terbabit kini antara orang kuat kumpulan terbabit manakala VIP serta ahli perniagaan itu pula menjadi penyumbang terbesar bagi membiayai pelbagai program mengarut yang diatur.



“Mereka memang mensasarkan golongan seperti itu kerana ia memudahkan pergerakan dan tidak perlu memikirkan soal dana yang sering kekurangan,” katanya di sini, semalam.



Menurut Yus, sepanjang beberapa bulan menjadi ahli Pemuda Kahfi, dia tidak pernah melihat atau mengenali ahli kumpulan terbabit daripada golongan berpendapatan kecil seperti kerani dan sebagainya.



Setiap ahli kononnya bergaji RM2,000 ke atas kerana mereka inilah yang akan dijadikan mangsa mengeluarkan pelbagai biaya tidak masuk akal selain jaminan untuk masuk syurga.



“Saya tidak tahu jumlah sebenar ahli Pemuda Kahfi kerana kami dibahagikan kepada kumpulan kecil antara lima hingga 10 orang untuk ditarbiah atau menjalani sesi pengukuhan akidah dan kumpulan kecil itu pula akan bergerak secara sendirian tanpa bertemu kumpulan lain.



“Bagaimanapun, daripada ahli kumpulan kecil saya sertai, mereka bergerak mengikut jadual yang ditentukan pemimpin kerana mahu memastikan apa dilakukan tidak dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya.



Ajaran Pemuda Kahfi dikatakan dibawa ke negara ini oleh pekerja asing warga Indonesia.



Pengikut diminta mengeluarkan wang sebagai jaminan masuk syurga selain bagi membina sebuah negara Islam berteraskan ajarannya dan dengan menggunakan pelbagai ayat suci al-Quran yang disalah tafsir, mereka mendapat ramai pengikut berlainan latar belakang.



Bagaimanapun, gerakan Pemuda Kahfi di Selangor semakin berkurangan dan senyap selepas pihak berkuasa agama menjalankan pelbagai operasi membanteras kegiatannya.

Oleh itu, kita haruslah berhati2 dengan ajaran2 yang ingin kita ikuti.Perlu membuat usul periksa terlebih dahulu dan jangan tergesa2 hendak menyertai sesuatu ajaran yg tidak kita ketahui.Tambahan pula,sy sedari remaja mahupun golongan dewasa kurang pengetahuannya dalam agama.Marilah kita sama2 menuntut ilmu agama suapaya tidak mudah dipesongkan dan mengAMALkan apa yg kita pelajari.Bukan sekadar menuntut tetapi AMAL bak kata pepatah arab ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YG TIDAK BERBUAH.

Walla hu 'alam.

SEBAB SUSAH

Tazkirah ini adalah sesuai untuk kita semua.Tazkirah ini bukan sy yg tulis tp just edit.Mungkin terdapat beberapa amalan yg pernah kita lakukan,secara sedar atau tidak.Di sini,terdapat beberapa amalan yg perlu dijauhi menurut islam.Dalam Kitab Al- Baqarah Fii fadl Lis Sa'yiwal Harokah yang di susun oleh Abi Abdillah Muhammad Bin Abdulrahman Al Habsyi telah diterangkan perkara - perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. Iaitu:

  1. Tidak menunaikan solat
  2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
  3. Makan di atas pinggan yg terbalik
  4. Memakai kasut dengan memulakn dengan sebelah kiri
  5. M'anggap ringan apa2 yg terjatuh dalam hidangan makanan
  6. B'wuduk di tempat membuang air besar atau kecil
  7. Suka b'sandar pada pintu rumah
  8. Suka duduk di atas tangga
  9. Membiasakan diri membasuh tangan dalam pinggan selepas makan
  10. M'basuh tangan dengan tanah@tepung
  11. Tidak membersihkan rumah
  12. M'buang atau menyapu sampah dengan kain
  13. Suka membersih rumah pada waktu malam
  14. Suka tidur atas muka
  15. M'bakar kulit bawang
  16. M'jahit baju yg sedang dipakai
  17. Mengesat muka dengan baju
  18. Berdiri dengan b'cekak pinggang
  19. Tidur tidak pakai baju
  20. Makan sebelum mandi junub ( mandi hadas )
  21. Tergesa2 keluar masjid selepas sembahyang ( solat subuh )
  22. Matahari belum terbit sudah ke pasar
  23. Lambat pulang dari pasar
  24. B'doa hal yang tidak baik
  25. Tidak menutup makanan yg dihidangkan
  26. Suka memadam lampu minyak tanah@lilin menggunakan nafas atau m'hembus
  27. M'buang kutu kepala dalam keadaan hidup
  28. M'basuh kaki dengan tangan kanan
  29. Suka kencing pada air yg mengalir
  30. Memakai seluar sambil berdiri
  31. Memakai serban sambil duduk
  32. Mandi junub di tempat buang najis atau air
  33. Makan menggunakan dua jari
  34. B'jalan antara 2 kambing
  35. Berjalan antara dua perempuan
  36. Suka mempermainkan janggut
  37. Suka meletakkan jari tangan di atas bahagian lutut
  38. Meletakkan tapak tangan di hidung
  39. Suka menggigit kuku
  40. Suka mendedahkan aurat di bawah sinar matahari @ bulan
  41. Mengadap kiblat ketika buang air
  42. Menguap ketika solat
  43. Meludah di tempat buang air
wasalam..moga kita elakkan dari melakukan amalan2 ini.

ahlan wasahlan

asalamualaikum smua...hihi...wow..bestnya rsa nk mula blogging ne..sbnrnya dh lma ada blog sma mls nk taip jek..hihihi...smlm punya la..tido lmbt..pkul 4 u know???huhuh..bukn nya apa...men gme...apa kejadah remaja men gme ne kn..hoho...bukn slalu pun...saja nk ilgkn tension kt umah...nti lau pas cuti skola xdpt nk men gme...kn3.....hihi...aduh..skit perut pulak..k roger jap..